Memilih cadangan perkataan yang dipaparkan semasa anda menaip
Peranti BlackBerry anda direka bentuk untuk mempelajari apa yang biasa anda sebut dan di mana anda
biasa menyebutnya dalam ayat. Peranti anda menggunakan maklumat ini untuk cuba meramal
perkataan yang mungkin anda taipkan seterusnya dan memaparkan perkataan yang dicadangkan pada
Papan Kekunci BlackBerry. Kemudian anda boleh menggunakan penaipan kuis untuk memilih dengan
cepat perkataan yang dicadangkan dengan meletakkan jari anda betul-betul di bawah perkataan dan
kuisnya ke atas ke arah skrin.