
Taip aksara beraksen
Senarai aksen yang tersedia bergantung kepada bahasa input aktif. Jika anda menetapkan berbilang
bahasa input, aksen untuk bahasa yang boleh diramal bersama muncul untuk huruf. Contohnya, apabila
bahasa Inggeris, Perancis dan Jerman ditetapkan, oleh kerana abjadnya adalah serupa, anda mendapat
pilihan aksen untuk ketiga-tiga bahasa.
1. Pada Papan Kekunci BlackBerry, sentuh dan tahan huruf yang anda ingin tambahkan aksen.
2. Apabila aksara beraksen muncul di sebelah atas huruf, luncurkan jari anda pada aksara beraksen
yang ingin anda taip.
3. Angkat jari anda.
Petua: Untuk menaip aksara besar beraksen, ketik
dahulu. Atau, apabila jari anda berada pada
aksara beraksen yang mahu anda taip, jika anda berhenti sejenak sebelum mengangkat jari anda, aksara
beraksen itu akan bertukar kepada aksara besar.