Berkongsi sambungan Internet anda menggunakan mod Hotspot Mudah Alih
Ciri ini membolehkan anda menyambungkan peranti anda ke Internet di mana-mana sahaja yang
terdapat sambungan rangkaian mudah alih pada peranti BlackBerry anda. Akan tetapi memandangkan
ciri ini menggunakan rangkaian mudah alih, anda mungkin dikenakan caj data yang tinggi.
Pada sesetengah rangkaian mudah alih, perkhidmatan seperti e-mel dan BBM mungkin tidak tersedia
ketika mod Hotspot Mudah Alih dihidupkan.
Setelah anda menyediakan mod Hotspot Mudah Alih pada peranti BlackBerry anda, anda dapat
bersambung ke hotspot mudah alih dengan peranti yang didayakan Wi-Fi seperti bersambung ke mana-
mana penghala biasa.
Sebelum anda menggunakan mod Hotspot Mudah Alih, baca maklumat keselamatan dan produk yang
terkini di
www.blackberry.com/docs/smartphones
.
Gunakan Hotspot Mudah Alih yang dibuat untuk berkongsi sambungan Internet anda
Sebelum anda menghidupkan mod Hotspot Mudah Alih, semak untuk memastikan sambungan peranti
BlackBerry anda ke rangkaian mudah alih dihidupkan.
1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan > Rangkaian dan Sambungan > Hotspot Mudah Alih.
Tetapan
Panduan Pengguna
164
3. Jika anda belum pernah menggunakan mod Hotspot Mudah Alih, lengkapkan arahan pada skrin.
Baca skrin dengan teliti kerana maklumat penting diberikan tentang ciri Hotspot Mudah Alih. Ingat
kata laluan Hotspot Mudah Alih anda untuk digunakan kemudian.
4. Hidupkan suis Hotspot Mudah Alih .
5. Menerima permintaan daripada peranti lain untuk menyambung ke hotspot mudah alih anda.
Pengguna peranti yang menyambung ke hotspot mudah alih anda mesti mengetahui nama hotspot
mudah alih anda dan kata laluan yang anda tetapkan semasa proses persediaan.