Porsche Design P 9982 from BlackBerry - Memilih sambungan

background image

Memilih sambungan

Peranti BlackBerry anda berupaya membuat pelbagai sambungan, untuk meningkatkan lagi perkara
yang dapat anda lakukan dengan peranti dan cara interaksinya dengan peranti lain. Lihat senarai
sambungan untuk mengetahui tentang pelbagai jenis sambungan, mendapatkan sedikit petua untuk
mengetahui bila hendak menggunakan setiap sambungan dan mungkin mempelajari beberapa perkara
yang anda tidak tahu boleh dilakukan.

Sambungan rangkaian

Rangkaian mudah alih

Sambungan rangkaian mudah alih membenarkan peranti BlackBerry anda membuat panggilan
dan, jika anda mempunyai pelan data, menggunakan perkhidmatan seperti menyemak lalu Internet.
Di sesetengah lokasi, seperti hospital atau dalam kapal terbang, anda perlu mematikan sambungan
rangkaian mudah alih anda tetapi biasanya anda boleh membiarkan sambungan rangkaian mudah
alih dihidupkan.

Wi-Fi

Sambungan rangkaian Wi-Fi ialah cara lain untuk mendapatkan perkhidmatan data pada peranti
anda tetapi tidak seperti menggunakan rangkaian mudah alih, menggunakan Wi-Fi tidak
menambahkan caj pada pelan data anda. Peranti anda direka bentuk untuk cuba menggunakan
rangkaian Wi-Fi yang disimpan sebelum cuba menggunakan rangkaian mudah alih untuk fungsi
asas data seperti menggunakan Internet atau memuat turun aplikasi. Anda boleh membiarkan Wi-
Fi dihidupkan supaya sejurus anda berada dalam julat rangkaian Wi-Fi yang disimpan, peranti anda
bersambung padanya secara automatik, namun jangan lupa bahawa jika anda meninggalkan Wi-Fi
dihidupkan sepanjang masa, bateri anda akan lebih cepat habis.

Tetapan

Panduan Pengguna

141

background image

Sambungan antara peranti

USB

Anda boleh menggunakan kabel USB untuk membuat sambungan dua hala antara peranti
BlackBerry dan komputer anda. Peranti anda muncul di komputer sebagai pemacu yang
dipetakan. Apabila anda menghidupkan ciri Mod Storan Massa USB, peranti anda muncul pada
komputer sebagai peranti storan boleh alih. Anda biasanya dapat menggunakan sambungan USB
untuk menyeret fail antara peranti dan komputer anda, bergantung kepada ciri komputer anda.
Anda boleh menggunakan kabel HDMI atau penyesuai paparan wayarles untuk menyambungkan
peranti BlackBerry anda ke peranti lain seperti TV atau monitor komputer. Anda boleh memaparkan
skrin peranti BlackBerry anda pada peranti lain.

Teknologi Bluetooth

Teknologi wayarles Bluetooth membenarkan anda membuat sambungan terus antara peranti
BlackBerry anda dan peranti lain yang didayakan Bluetooth. Meskipun anda boleh memindahkan
fail melalui sambungan Bluetooth, disebabkan keupayaannya untuk menstrim kandungan,
sambungan Bluetooth lebih biasa digunakan untuk tindakan seperti bermain muzik pada peranti
BlackBerry anda melalui pembesar suara yang berasingan atau membuat panggilan daripada set
kepala yang menggunakan sambungan rangkaian mudah alih peranti BlackBerry anda.

NFC

NFC ialah teknologi wayarles julat pendek yang digunakan untuk membuat sambungan antara
peranti BlackBerry anda dan peranti lain yang didayakan NFC atau tag NFC dengan pantas.
Dengan NFC anda tidak perlu memasukkan maklumat berpasangan untuk membuat sambungan,
jadi ciri ini berguna untuk tindakan semasa dalam perjalanan, seperti memindahkan kad hubungan
dengan orang yang anda temui atau mendapatkan maklumat dari poster yang mengandungi tag
NFC. Bergantung pada pembekal perkhidmatan wayarles anda dan aplikasi yang telah anda
pasangkan pada peranti BlackBerry anda, NFC turut dapat digunakan untuk menjadikan peranti
anda dompet digital bagi membolehkan anda melakukan perkara seperti membuat bayaran
dengan peranti BlackBerry anda.

Sambungan Internet Kongsi

Anda boleh menggunakan sambungan peranti BlackBerry anda ke rangkaian mudah alih untuk
membolehkan peranti lain mengakses Internet. Kefungsian ini berguna terutamanya jika anda mahu
menyemak lalu Internet pada komputer riba atau tablet Wi-Fi sahaja tetapi anda tiada akses kepada
rangkaian Wi-Fi.

Penambatan Internet

Anda boleh menggunakan penambatan Internet apabila anda mempunyai satu peranti sahaja yang
hendak disambungkan ke Internet melalui sambungan rangkaian mudah alih peranti BlackBerry
anda. Anda boleh menyambungkan peranti ke peranti BlackBerry anda menggunakan kabel USB
atau jika kedua-dua peranti didayakan Bluetooth, anda boleh menggunakan teknologi Bluetooth.

Hotspot Mudah Alih

Tetapan

Panduan Pengguna

142

background image

Anda boleh menggunakan mod Hotspot Mudah Alih untuk menyambungkan sehingga lapan
peranti ke peranti BlackBerry anda. (Bilangan peranti yang boleh anda sambungkan bergantung
pada pembekal perkhidmatan wayarles anda.) Menyambungkan peranti anda menggunakan
Hotspot Mudah Alih adalah seperti bersambung kepada penghala Wi-Fi; anda boleh menggunakan
sambungan Wi-Fi pada peranti anda tetapi anda tidak dapat mengakses rangkaian Wi-Fi.

Sambungan VPN

Anda boleh menyambungkan peranti BlackBerry anda ke rangkaian persendirian maya (VPN) melalui
rangkaian mudah alih anda atau menggunakan sambungan Wi-Fi. Semasa peranti anda disambungkan
ke VPN, anda boleh menghantar data dan menerima data daripada rangkaian persendirian merentas
rangkaian awam.