Porsche Design P 9982 from BlackBerry - Hantar fail menggunakan NFC

background image

Hantar fail menggunakan NFC

Ciri NFC mungkin tidak tersedia, bergantung pada pembekal perkhidmatan wayarles anda, tetapan
pentadbir anda dan model peranti BlackBerry anda.

Dengan NFC, anda boleh menukar banyak jenis fail, termasuk gambar, muzik, maklumat hubungan,
malah halaman web juga, antara peranti BlackBerry anda dan peranti lain yang didayakan NFC. Peranti
anda secara automatik mewujudkan sambungan Wi-Fi Direct atau Bluetooth dengan peranti didayakan
NFC yang lain untuk memindahkan fail.

1. Pada peranti BlackBerry anda, lakukan mana-mana perkara berikut:

• Untuk menghantar satu fail, cari dan buka fail.
• Untuk menghantar berbilang fail, cari dan serlahkan fail yang ingin dihantar. Ketik > NFC.

2. Jajarkan belakang peranti BlackBerry anda dengan tag didayakan NFC.
3. Jika perlu, ketik Hantar.

Petua: Selepas peranti anda mula menghantar fail, jauhkan peranti anda daripada peranti didayakan
NFC yang lain supaya anda tidak menghantar fail tersebut dengan sengaja untuk kali kedua.