Porsche Design P 9982 from BlackBerry - Berkongsi sambungan rangkaian mudah alih anda menggunakan penambatan Internet

background image

Berkongsi sambungan rangkaian mudah alih anda menggunakan penambatan Internet

Bayaran tambahan mungkin dikenakan kerana menggunakan penambatan Internet. Pada sesetengah
rangkaian, anda tidak dapat menggunakan sesetengah perkhidmatan pada peranti BlackBerry anda,
seperti e-mel dan BlackBerry Messenger, semasa anda menggunakan penambatan Internet.

Gunakan penambatan Internet untuk berkongsi sambungan Internet anda

Anda boleh menambat peranti BlackBerry anda menggunakan kabel USB atau sambungan Bluetooth.

1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan > Rangkaian dan Sambungan > Penambatan Internet.
3. Jika anda belum pernah menggunakan penambatan Internet, lengkapkan arahan pada skrin. Baca

skrin persediaan dengan teliti kerana maklumat penting diberikan tentang ciri penambatan Internet.

4. Dalam senarai juntai bawah Sambung menggunakan, ketik USB atau Bluetooth.
5. Hidupkan suis Penambatan Internet.
6. Sambungkan peranti BlackBerry anda pada komputer riba atau tablet menggunakan kabel USB atau

sambungan Bluetooth.