
Penyelesaian masalah: Penambatan Internet
Saya tidak dapat menggunakan penambatan Internet
• Semak untuk memastikan peranti BlackBerry anda disambungkan ke rangkaian mudah alih. Jika
muncul di penjuru atas sebelah kanan skrin utama, maka peranti anda disambungkan ke rangkaian
mudah alih.
• Semak bahawa pelan perkhidmatan wayarles anda disediakan untuk menggunakan penambatan
Internet. Jika tidak, anda perlu menukar pelan perkhidmatan anda sebelum anda dapat
menggunakan penambatan Internet.
Tetapan
Panduan Pengguna
166

• Jika pelan perkhidmatan wayarles anda menyokong penambatan Internet ketika perayauan, pada
skrin tetapan
Tetapan > Rangkaian dan Sambungan > Rangkaian Mudah Alih, pastikan suis
Perkhidmatan Data dihidupkan dan pilihan dalam senarai juntai bawah Perkhidmatan data semasa
perayauan ditetapkan kepada Hidup.
• Jika anda menggunakan peranti anda untuk kerja, organisasi anda mungkin tidak membenarkan
penggunaan penambatan Internet. Untuk maklumat selanjutnya, semak dengan pentadbir anda.