Porsche Design P 9982 from BlackBerry - Rangkaian mudah alih

background image

Rangkaian mudah alih

Sambungan rangkaian mudah alih membenarkan peranti BlackBerry anda membuat panggilan dan, jika
anda mempunyai pelan data, menggunakan perkhidmatan seperti menyemak lalu Internet. Di
sesetengah lokasi, seperti di hospital atau dalam kapal terbang, anda perlu mematikan sambungan
rangkaian mudah alih anda tetapi biasanya anda boleh membiarkan sambungan rangkaian mudah alih
dihidupkan.

Dalam kebanyakan kes, peranti anda bersambung dengan rangkaian wayarles yang sesuai apabila anda
berjalan di luar kawasan liputan pembekal perkhidmatan wayarles anda. Jika anda tidak pasti sama ada
peranti anda telah disediakan untuk perayauan atau kadar bayaran perayauan yang akan dikenakan,
adalah lebih baik sekiranya anda menyemak dengan pembekal perkhidmatan wayarles sebelum anda
membuat perjalanan.