Porsche Design P 9982 from BlackBerry - Menukar tetapan APN untuk sambungan lalai Internet anda

background image

Menukar tetapan APN untuk sambungan lalai Internet anda

Peranti BlackBerry anda menggunakan tetapan Nama Pusat Akses (APN) untuk membuka sambungan
data dengan rangkaian wayarles pembekal perkhidmatan anda. Aplikasi di peranti anda yang
memerlukan akses Internet boleh menggunakan sambungan ini.

Anda mungkin perlu menukar tetapan APN jika anda menukar pelan perkhidmatan wayarles anda atau
jika tetapan lalai tidak terpakai kepada pembekal perkhidmatan anda. Bergantung kepada pembekal
perkhidmatan anda, anda mungkin tidak dapat menukar tetapan APN.

1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan > Rangkaian dan Sambungan > Rangkaian Mudah Alih.
3. Jika suis Rangkaian Mudah Alih atau Perkhidmatan Data dimatikan, hidupkannya.
4. Ketik .
5. Lengkapkan medan. Jika anda tiada maklumat yang diperlukan, hubungi pembekal perkhidmatan

anda.

Untuk menetapkan semula tetapan lalai APN, ketik

.