Porsche Design P 9982 from BlackBerry - Menjadikan peranti anda berpasangan dengan kereta

background image

Menjadikan peranti anda berpasangan dengan kereta

Ciri Kereta Saya meningkatkan pengalaman anda apabila peranti BlackBerry anda berpasangan dan
bersambung dengan kereta anda menggunakan teknologi Bluetooth. Apabila kereta dan peranti anda
disambungkan dan ciri Kereta Saya dihidupkan, peranti anda mungkin memaparkan skrin kunci yang
disesuaikan. Juga, aplikasi khas mungkin kelihatan dalam kategori Aplikasi Pemanduan di BlackBerry
World.

Kali pertama peranti anda mengesan sambungan Bluetooth dengan kereta yang didayakan Bluetooth,
peranti anda menggesa anda untuk menetapkan kereta itu sebagai kereta anda. Selepas anda
menjadikan peranti itu berpasangan dengan kereta anda, skrin kunci menunjukkan bahawa peranti itu
disambungkan ke kereta anda dan memaparkan ciri yang tersedia.

Mematikan ciri Kereta Saya

1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan > Rangkaian dan Sambungan > Bluetooth.
3. Sentuh dan tahan nama kereta anda.
4. Ketik Nyahtetapkan Kereta Saya.