Porsche Design P 9982 from BlackBerry - Penyelesaian masalah: Bluetooth

background image

Penyelesaian masalah: Bluetooth
Saya tidak dapat berpasangan dengan peranti yang didayakan Bluetooth

• Semak untuk memastikan bahawa peranti BlackBerry anda serasi dengan peranti yang didayakan

Bluetooth. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat dokumentasi yang datang dengan peranti yang
didayakan Bluetooth itu.

• Jika peranti anda yang didayakan Bluetooth memerlukan kunci laluan dan anda tidak mengetahui apa

itu kunci laluan, semak dokumentasi yang datang dengan peranti yang didayakan Bluetooth itu.
Kadangkala kunci laluan ditetapkan kepada

0000 sehingga anda menukarnya. Jika anda tidak

mengetahui apa itu kunci laluan, cuba

0000.

• Jika peranti BlackBerry anda tidak mengesan peranti yang didayakan Bluetooth yang anda ingin

berpasangan, cuba jadikan peranti BlackBerry anda boleh ditemui dalam tempoh masa yang singkat.
Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin. Ketik

Tetapan > Rangkaian dan

Sambungan > Bluetooth. Dalam senarai juntai bawah Boleh Ditemui, ketik Hidup atau 2 Minit. Jika
perlu, masukkan kata laluan peranti BlackBerry anda. Mulakan proses berpasangan menurut
dokumentasi yang disertakan dengan peranti.

• Jika peranti yang didayakan Bluetooth menggunakan bateri, sambungkan peranti ke bekalan kuasa,

kemudian cuba lagi. Bergantung pada peranti, jika tahap kuasa bateri terlalu rendah, peranti mungkin
masih dapat beroperasi tetapi tidak dapat berpasangan.

• Jika mod Hotspot Mudah Alih dihidupkan, sahkan bahawa anda cuba menyambung ke peranti yang

didayakan Bluetooth yang menggunakan profil Bebas Tangan, Port Bersiri atau Rangkaian Kawasan
Peribadi.

Saya kerap terputus sambungan dengan kit kereta saya yang didayakan Bluetooth

• Semak bahawa kit kereta anda menggunakan versi perisian terkini yang ada. Untuk mendapatkan

maklumat lanjut tentang versi perisian kit kereta anda, lihat dokumentasi yang datang dengan kit
kereta anda.

• Alihkan peranti BlackBerry anda ke lokasi lain dalam kenderaan atau pusingkan peranti anda agar

menghadap arah lain. Lokasi antena peranti anda berkaitan dengan antena Bluetooth kit kereta anda
boleh menjejaskan sambungan Bluetooth.