Porsche Design P 9982 from BlackBerry - Profil dan perkhidmatan Bluetooth yang disokong

background image

Profil dan perkhidmatan Bluetooth yang disokong

Peranti BlackBerry anda ialah peranti Bluetooth Smart Ready dan menyokong profil berikut. Jika peranti
anda dikaitkan dengan akaun kerja, pentadbir anda mungkin menyahdayakan penggunaan profil.

Profil

Penerangan

Profil Pengagihan Audio Lanjutan
(A2DP)

Profil ini membenarkan peranti BlackBerry anda menstrimkan
fail audio daripada peranti didayakan Bluetooth yang
menyokong audio stereo seperti set kepala, pembesar suara
dan kit kereta stereo.

Perkhidmatan Isyarat Pemberitahuan
(ANS)

Profil ini membolehkan peranti didayakan Bluetooth mengakses
pemberitahuan yang anda terima di peranti anda, termasuk
maklumat mengenai jenis pemberitahuan, penghantar
pemberitahuan dan bilangan pemberitahuan baru dan belum
dibaca.

Profil Kawalan Jauh Audio/Video
(AVRCP)

Profil ini membenarkan anda menggunakan butang pada set
kepala didayakan Bluetooth untuk melakukan tindakan seperti
melaraskan kelantangan atau memainkan fail media seterusnya
atau sebelumnya pada peranti BlackBerry anda. Profil ini juga
membenarkan anda melayari fail muzik dalam aplikasi Muzik di
peranti anda apabila anda disambungkan ke kit kereta
didayakan Bluetooth.

Perkhidmatan Bateri (BAS)

Profil ini membenarkan peranti didayakan Bluetooth mengakses
maklumat mengenai paras kuasa bateri peranti anda.

Tetapan

Panduan Pengguna

156

background image

Profil

Penerangan

Perkhidmatan Waktu Semasa (CTS)

Perkhidmatan ini membenarkan peranti anda berkongsi
maklumat berkaitan masa dengan peranti didayakan Bluetooth
yang lain.

Profil Pengenalan Peranti (DI) /
Perkhidmatan Pengenalan Peranti
(DIS)

Profil ini membenarkan peranti didayakan Bluetooth untuk
mengakses maklumat mengenai model peranti BlackBerry anda
untuk menyokong ciri pasang dan main seperti memuat turun
secara automatik peranti yang diperlukan.

Profil Bebas Tangan (HFP)

Profil ini membenarkan anda menyambungkan peranti
BlackBerry anda ke set kepala dan kit kereta yang didayakan
Bluetooth untuk membuat panggilan telefon bebas tangan.
Profil ini menyokong ciri dalam aplikasi Telefon termasuk dailan
suara, dail semula dan panggilan persidangan.

Peranti Antara Muka Manusia (HID)

Profil ini membenarkan anda untuk menyambungkan peranti
BlackBerry anda ke peranti yang didayakan Bluetooth seperti
papan kekunci atau tetikus.

Perkhidmatan Isyarat Serta-Merta
(IAS)

Perkhidmatan ini membenarkan peranti didayakan Bluetooth
menghantar isyarat serta-merta, seperti mesej keselamatan
awam, ke peranti anda.

Perkhidmatan Kehilangan Pautan
(LLS)

Perkhidmatan ini menghantar pemberitahuan kepada peranti
BlackBerry apabila peranti anda kehilangan sambungan
Bluetooth dengan peranti didayakan Bluetooth yang lain.

Perkhidmatan Lokasi dan Navigasi
(LNS)

Profil ini membenarkan peranti didayakan Bluetooth mengakses
maklumat berkaitan lokasi di peranti anda (contohnya,
menyokong aplikasi aktiviti luar).

Peranti Antara Muka Manusia
Bertenaga Rendah (HOGP)

Profil ini membenarkan anda untuk menyambungkan peranti
BlackBerry anda ke peranti yang didayakan Bluetooth seperti
papan kekunci atau tetikus.

Profil Akses Mesej (MAP)

Profil ini membenarkan kit kereta didayakan Bluetooth untuk
memaklumkan anda mengenai mesej baru pada peranti

Tetapan

Panduan Pengguna

157

background image

Profil

Penerangan

BlackBerry anda. Profil ini membenarkan kit kereta mengakses
mesej anda dan membolehkan anda membaca, memadam,
menyemak imbas, mengarang dan menghantar e-mel dan
mesej teks daripada kereta anda.

Perkhidmatan Penukaran DST
Seterusnya (NDCS)

Perkhidmatan ini membenarkan peranti anda berkongsi
maklumat berkaitan perubahan masa penjimatan siang
seterusnya dengan peranti didayakan Bluetooth yang lain.

Profil Tolak Objek (OPP)

Profil ini membenarkan peranti BlackBerry anda menghantar fail
dan menerima fail daripada peranti didayakan Bluetooth. Fail
yang disokong oleh profil ini termasuklah kenalan, acara
kalendar dan fail multimedia seperti gambar, fail audio dan fail
video.

Perangkaian Kawasan Peribadi -
Pusat Akses Pengguna/Rangkaian
(PAN - U/NAP)

Profil ini membenarkan anda untuk menggunakan peranti
BlackBerry anda sebagai modem semasa disambungkan ke
komputer yang didayakan Bluetooth.

Profil Akses Buku Telefon (PBAP)

Profil ini membenarkan kit kereta didayakan Bluetooth
mengakses maklumat kenalan dan maklumat sejarah panggilan
terkini di peranti BlackBerry anda. Profil ini membenarkan kit
kereta membuat panggilan kepada kenalan atau memaparkan
nama kenalan untuk panggilan masuk.

Profil Akses SIM Jauh (rSAP)

Profil ini membenarkan peranti didayakan Bluetooth, seperti
telefon kereta, untuk menyambung ke peranti BlackBerry anda
apabila peranti anda disambungkan ke rangkaian GSM. Profil ini
membolehkan peranti didayakan Bluetooth menggunakan
fungsi kad SIM peranti BlackBerry anda. Contohnya, telefon
kereta boleh menggunakan kad SIM dalam peranti anda untuk
membuat panggilan telefon atau menghantar dan menerima
mesej teks.

Profil Port Bersiri (SPP)

Profil ini membenarkan anda untuk menyambungkan peranti
anda ke peranti yang didayakan Bluetooth yang menyokong
kesambungan desktop, pintasan wayarles dan pindahan data.

Tetapan

Panduan Pengguna

158

background image

Profil

Penerangan

Perkhidmatan Kuasa Tx (TPS)

Perkhidmatan ini membenarkan peranti didayakan Bluetooth
mengakses maklumat mengenai tahap kuasa menghantar
semasa peranti BlackBerry anda.