Tetapkan cara peranti didayakan Bluetooth mengakses akaun anda
Anda boleh membenarkan peranti didayakan Bluetooth yang menyokong Profil Akses Mesej (MAP)
untuk mengakses mesej dalam akaun yang disediakan di peranti BlackBerry anda. Contoh peranti
didayakan Bluetooth yang menyokong MAP termasuklah beberapa kit kereta dan jam tangan.
Dengan beberapa kit kereta didayakan Bluetooth yang menyokong MAP anda boleh menghantar dan
menerima mesej menggunakan perintah suara. Untuk maklumat lanjut tentang menggunakan peranti
didayakan Bluetooth anda, lihat dokumentasi yang disertakan dengan peranti.
1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan > Rangkaian dan Sambungan > Bluetooth > .
• Untuk menukar tempoh peranti anda cuba menghantar mesej ke peranti didayakan Bluetooth
sebelum tamat masa, laraskan gelangsar
Tamat Masa Muat Turun Mesej.
• Untuk menerima mesej ringkasan harian bagi maklumat tentang hari ini, (contohnya, cuaca,
senarai acara akan datang dalam kalendar anda), dan bilangan mesej e-mel yang belum dibaca,
hidupkan suis
Mesej Dilihat Hari Ini.
• Untuk menukar akaun yang boleh diakses oleh peranti didayakan Bluetooth, dalam bahagian
Akaun Akses Mesej, hidupkan atau matikan suis di sebelah setiap akaun.
Tetapan
Panduan Pengguna
155