Porsche Design P 9982 from BlackBerry - Menetapkan alamat IP statik untuk sambungan USB anda

background image

Menetapkan alamat IP statik untuk sambungan USB anda

Secara lalai, apabila anda menyambung peranti BlackBerry anda ke komputer menggunakan kabel USB,
peranti anda menguntukkan alamat IP rawak kepada sambungan. Anda boleh menguntukkan alamat IP
statik yang tidak berubah setiap kali anda menyambungkan peranti ke komputer anda. Contohnya, anda
boleh menggunakan ciri ini untuk memetakan peranti anda ke pemacu tertentu di komputer anda.

1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan > Rangkaian dan Sambungan > USB.
3. Hidupkan suis Alamat IP Manual.

Untuk mengedit alamat IP, ketik senarai juntai bawah

Alamat IP dan tukar nombor alamat IP.