Sambungan Wi-Fi
Sambungan rangkaian Wi-Fi ialah satu cara untuk mendapatkan perkhidmatan data pada peranti
BlackBerry anda tetapi tidak seperti menggunakan rangkaian mudah alih, menggunakan Wi-Fi tidak
menambahkan caj pada pelan data anda. Peranti anda direka bentuk untuk cuba menggunakan
rangkaian Wi-Fi yang disimpan sebelum cuba menggunakan rangkaian mudah alih untuk fungsi asas
data seperti menggunakan Internet atau memuat turun aplikasi. Anda boleh membiarkan Wi-Fi
dihidupkan supaya apabila anda berada dalam liputan rangkaian Wi-Fi yang disimpan, peranti anda
boleh menyambungnya secara automatik.
Tetapan
Panduan Pengguna
146