
Nyahdayakan atau dayakan semula rangkaian Wi-Fi yang disimpan
Jika anda mahu menghentikan peranti BlackBerry anda daripada bersambung secara automatik ke
rangkaian Wi-Fi yang disimpan namun anda tidak mahu memadamkan rangkaian yang disimpan itu,
anda boleh menyahdayakan rangkaian.
1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan > Rangkaian dan Sambungan > Wi-Fi.
3. Semak untuk memastikan suis Wi-Fi dihidupkan.
4. Ketik .
5. Ketik rangkaian.
• Untuk menyahdayakan rangkaian, matikan suis
Dayakan Sambungan.
• Untuk mendayakan semula rangkaian, hidupkan suis
Dayakan Sambungan.