Sambung ke rangkaian Wi-Fi
Apabila anda bersambung ke rangkaian Wi-Fi, peranti BlackBerry anda menyimpan maklumat rangkaian.
Kali berikutnya anda berada dalam liputan rangkaian Wi-Fi yang disimpan, jika Wi-Fi dihidupkan, peranti
anda akan menyambung secara automatik.
1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan > Rangkaian dan Sambungan > Wi-Fi.
3. Jika suis Wi-Fi dimatikan, tetapkannya kepada Hidup.
4. Ketik rangkaian.
• Jika skrin yang meminta kata laluan muncul, masukkan kata laluan untuk rangkaian Wi-Fi. Ketik
Sambung.
• Jika anda mempunyai akses ke penghala Wi-Fi dan anda ingin menggunakan Wi-Fi Protected
Setup, ketik skrin di atas papan kekunci untuk menolak papan kekunci. Ketik
. Lengkapkan
arahan pada skrin peranti.
5. Ketik Sambung.
Petua: Kali berikutnya anda ingin bersambung ke rangkaian Wi-Fi yang disimpan, jika peranti anda
berada dalam liputan rangkaian, pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin. Ketik .
Sambung ke rangkaian Wi-Fi secara manual
Jika anda mahu bersambung ke rangkaian Wi-Fi yang tersembunyi atau anda mengalami masalah
bersambung secara automatik, anda boleh bersambung secara manual.
1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan > Rangkaian dan Sambungan > Wi-Fi > .
3. Dalam medan SSID, masukkan nama rangkaian.
4. Pilih jenis keselamatan rangkaian dan nyatakan sebarang maklumat tambahan. Untuk mengetahui
maklumat yang perlu dinyatakan, bercakap dengan pentadbir anda atau orang yang mengurus
rangkaian Wi-Fi.
5. Ketik Sambung.