Porsche Design P 9982 from BlackBerry - Tetapan rangkaian Wi-Fi

background image

Tetapan rangkaian Wi-Fi

Biasanya, anda tidak perlu menukar tetapan anda untuk rangkaian Wi-Fi ; namun, anda mungkin perlu
menukar tetapan anda jika anda mengalami masalah menyambung atau jika anda perlu menyambung
secara manual.

Tetapan

Panduan Pengguna

148

background image

Tetapan yang tersedia untuk setiap rangkaian Wi-Fi bergantung pada jenis rangkaian yang
disambungkan. Untuk mengetahui tetapan yang hendak digunakan, jika anda bersambung ke rangkaian
rumah, lihat maklumat yang datang dengan penghala wayarles anda; jika anda bersambung ke
rangkaian Wi-Fi tempat kerja, bercakap dengan pentadbir anda; jika anda bersambung ke hotspot, lihat
maklumat yang diberikan tentang hotspot itu atau bercakap dengan pekerja di hotspot tersebut yang
mungkin mempunyai butiran tentang cara untuk bersambung.

SSID

SSID ialah nama yang digunakan oleh rangkaian untuk memperkenalkan dirinya. Biasanya, medan
ini diisi secara automatik tetapi jika rangkaian Wi-Fi disembunyikan, anda mesti memasukkan SSID
untuk bersambung.

SSID Tersembunyi

Pilih kotak semak ini jika anda mahu peranti BlackBerry anda mencari SSID yang tidak disiarkan.
Rangkaian Wi-Fi yang tersembunyi tidak disenaraikan sebagai rangkaian yang tersedia di skrin Wi-
Fi.

Jenis Keselamatan

Tetapkan jenis keselamatan yang digunakan oleh rangkaian Wi-Fi. Bergantung pada rangkaian
yang anda sedang cuba sambungkan, anda juga mungkin melihat

Sub Jenis Keselamatan dan

Keselamatan Pautan Dalaman.

Kata laluan

Jika rangkaian Wi-Fi dilindungi oleh kata laluan, masukkan kata laluan itu.

Sijil CA

Tetapkan sijil akar yang harus digunakan oleh peranti anda untuk mengesahkan bahawa peranti
disambungkan ke rangkaian Wi-Fi yang betul. Bergantung kepada rangkaian yang anda sedang
cuba sambungkan, anda juga mungkin melihat

Sijil Pelanggan.

Profil VPN

Untuk menggunakan Profil VPN semasa bersambung ke rangkaian, pilih profil yang ingin anda
gunakan.

Jenis Jalur

Medan ini ditetapkan kepada Jalur Dual secara lalai. Jika rangkaian Wi-Fi ialah jalur dual, peranti
anda cuba menyambung dalam jalur 5.0 GHz melainkan kekuatan isyarat pada jalur 2.4 GHz lebih
kuat. Jika anda ingin menyambung ke rangkaian jalur dual menggunakan satu jalur sahaja, pilih
jalur yang anda inginkan.

Autoperoleh IP

Dalam kebanyakan kes, suis ini hendaklah kekal dihidupkan, tetapi jika anda perlu menentukan
alamat IP secara manual untuk peranti anda, anda boleh mematikan suis ini dan pilihan untuk
memasukkan alamat IP muncul.

Menggunakan Auto-IP

Tetapan

Panduan Pengguna

149

background image

Pilih kotak semak ini jika anda mahu peranti anda menetapkan sendiri alamat IP secara automatik
apabila ia tidak boleh mendapatkannya daripada rangkaian Wi-Fi.

Dayakan IPV6

Tetapkan sama ada rangkaian menggunakan protokol IPv6.

Gunakan Proksi

Hidupkan suis ini jika anda ingin menyambung ke pelayan proksi. Apabila anda memilih tetapan ini,
tetapan tambahan akan muncul. Untuk mengetahui tetapan yang hendak digunakan, lihat
maklumat yang diberikan untuk pelayan proksi.

Serahan Antara Titik Akses

Jika peranti anda merangkumi berbilang titik akses, tetapkan sama ada peranti anda perlu kekal
bersambung apabila anda beralih dari satu titik akses ke titik akses yang lain.